Namun begitu, dipercayai; semasa air pasang besar yang berlaku pada hari ketiga dan kelapan mengikut kalendar cina, benak dengan ukuran ketinggian yang besar boleh dilihat. Benak tersebut boleh merempuh perjalanan sejauh 30 km dengan menyusuri Sungai Batang Lupar dan berakhir di pekan Engkilili, iaitu sebuah pekan kecil dalam bahagian Sri Aman. Namun, gelombang benak ini boleh bergerak sejauh lebih daripada 50 km dari muara sungai untuk sampai ke Bandar Sri Aman. Aliran benak ini bermula di muara Batang Lupar apabila arus air pasang dari Laut China Selatan bergerak masuk menyusuri Sungai Batang Lupar sebelum ia pecah di Pulau Seduku dan sampai ke Sri Aman.
Untuk pengetahuan pembaca semua, di sungai inilah dipercayai tempat tinggalnya seekor buaya ganas lagenda Bujang Senang pada suatu ketika dahulu. Panjang buaya ini ialah 19 kaki 3 inci. Buaya ini dikatakan pernah mengganas di Sungai Batang Lupar antara tahun 1992-1993. Buaya ini sangat digeruni oleh penduduk di sekitar bandar Sri Aman kerana pernah membaham dan mencederakan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai ini. Buaya ini amat terkenal kerana mempunyai rahang yang besar dan taring yang tumpul. Buaya ini pada akhirnya telah mati ditembak oleh penembak tepat polis dan pemburu tempatan. Kejadian ini telah berlaku di Sungai Pelaban, Lingga, yang juga merupakan sebuah pekan kecil yang terdapat di bahagian Sri Aman.
No comments:
Post a Comment