KUBU ALICE
Penempatan semula kubu Alice ke Simanggang telah memperkuatkan lagi kedudukan Raja Brooke di kawasan Batang Lupar kerana ia adalah lokasi yang strategik untuk mengawal pergerakan dari sungai Skrang dan Batang Ai dan juga dijadikan pusat pentadbiran. Para pentadbir yang ditempatkan di Kubu Alice terdirilah daripada seorang pegawai tempatan (Native Officer) yang juga ketua tempatan yang berpengaruh di samping setia kepada Rajah dan juga anggota separa tentera.
1. Residensi Pertama-Bahagian Kuching
2. Residensi Kedua-Bahagian Sri Aman
3. Residensi Ketiga-Bahagian Sibu
Residensi keduatelah ditempatkan di Kubu Alice sebagai pejabatnya. Penubuhan Kubu dan Pemerintahan di Simanggang amatlah berkesan untuk menamatkan pemberontakan di kawasan Batang Lupar. Sehubungan dengan itu dua Perjanjian Damai Dayak yang bersejarah telah pun diadakan pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1 Februari 1924.
Dua alat perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban iaitu Rentap.
Dinaik taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar pusat pentadbiran itu.
Kawasan pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan ada yang masih digunakan.
Bukit Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.
No comments:
Post a Comment